Tugu Dewa Muruggan
Tugu Dewa Muruggan

Tugu Dewa Muruggan

Tugu Dewa Muruggan[1] (Tamil : முருகன் சிலை ;Inggeris : Lord Murugan Statue) adalah patung dewa Hindu yang tertinggi di Malaysia. [2][3] dan patung dewa Hindu kedua tertinggi di dunia selepas Kailashnath Mahadev Statue yang terletak di Nepal. Ia juga patung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 42.7 meter. Pembinaannya mengambil masa 3 tahun dan ia dilancarkan semasa perayaan Thaipusam, Januari 2006.